Wednesday, November 10, 2010

Menunggu saat bahagia

Assalamualaikum...

Sudah agak lama aku tinggalkn blog aku kesepian tanpa berita. Maklum ar, tengah sibuk sekarang. Semuanya gara2 perkara paling bermakna dalam hidupku bakal berlaku. Tak sabar rasanya menanti orang baru dalam dunia kami suami isteri. Maka, lengkaplah diriku pabila aku telah dianugerahkan untuk menjadi ibu. Dalam pada nak jadi ibu ni, macam2 benda dah jadi. Sampaikan aku sanggup beli kereta semata-mata untuk menjaga kandunganku. Kesian motor kesayanganku. Terpaksa tersadai gara2 aku tidak dapat membawanya lagi atas faktor keselamatanku dan anakku.
Em, cakap pasal baby, aku xbeli apa2 pun lagi barangan keperluan untuk bakal baby ku. Nak beli awal, takut benda buruk berlaku. Baru2 ni pada 1hb 11, kakak iparku telah selamat melahirkan cucu sulung family kami. So, sekarang ni tengah tunggu turn aku pulak tuk beranak. Gerun memang gerun. Tapi aku buang perasaan 2 jauh2 demi suami tersayang

Tuesday, June 8, 2010

Demam...

Arini aku xsihat. Badan rasa tak selesa je. Bila pegi klinik, doc kata biasa r, time pregnant mmg cmtu. Huhu...xtahan ar. Ni pun dah demam. MC lak dapat sehari je. Sok dah kene kerja dah. Huhu...xlarat ar kalau cmni. Aku dah ar duk sorang2 kat KL ni. Kalau pape jadi kat aku, aku kene r tanggung sendiri. Adus...tak sangka lak aku alah sampai jadi camni. Mak lak membebel kat aku sebab taknak ambik cuti lama. Jumaat ni nak kene balik lagi sebab kenduri tak settle lagi. Aku lak telah ditugaskan tuk jadi mak andam tuk Kakde. Mula2 takut gak. Ye ar, aku mana reti mekapkan orang. Kalau mekap diri sendiri aku pandai ar.

Letih, lesu aku arini. Bayangkan, seharian aku tido je. Selera makan takde langsung arini. Aku rasa betul2 tak larat. Hope sok aku ok and leh kerja cam biasa. Em, mintak orang lain ar jadi TL. Aku dah tak larat ar....

Hope pasni suami aku dapat ar duk sama2 dengan aku tahun depan. Aku dah tak sanggup idup sorang2 camni. Sakit pening aku duk ar sorang2. Sabar je lah....

Tuesday, June 1, 2010

Akhirnya...saat itu tiba

Alhamdulillah...akhirnya aku telah disahkan mengandung dan yang paling aku tak sangke, aku dah mengandung 2 bln dah. Fuh...lambat tul baru aku dapat detect pregnancy aku. Walau bagaimana pun, aku rasa happy sangat2 sebab akhirnya aku berjaya gak mengandung.

Dulu, aku ingat aku ni mandul. Tapi tak sangka, aku ni sebenarnya mampu tuk mengandung anak sendiri. Masa mula2 dapat tau tu, aku memang excited giler2. Menjerit aku dalam bilik air. Ye ar, sape yang tak happy bila dapat tau diri ni subur. Nasib baik ar aku ni tak mandul. Kalau tak, kne bermadu r aku.

Sebenarnya, sebelum ni aku dah rasa tak sedap badan. Pastu malam tu aku mimpi aku keguguran. Padahal sebelum ni dah 2 kali aku mimpi aku pregnant tapi tak pregnant pn. Alih2 kali ni mimpi keguguran lak. Em, plek tu. Akupun wat andaian sendiri. Ati aku kuat mengatakan aku ni dah pregnant. Selang beberapa hari, aku bli UPT tuk cek. Tapi sayang, keputusannya amat mengecewakan aku. Aku sedih sangat waktu tu.

Sampailah pada suatu hari, suami aku tergerak nak belikan aku UPT tuk test sekali lagi sebab sakit prut aku ni tak hilang2. Pada mulanya aku malas nak cek sebab aritu dah cek takde papepun. Tambahan pula, attendant tempat aku kerja ckp maybe peranakan turun sebab selalu sangat angkat patient. Em, pada pendapat aku, btul gak ckp attendant aku ni. Aku pun wat bodo je r. Malas dah aku nak mengharap pape lagi.

Tapi, pada hari tu, suami aku paksa gak aku test. So, nak xnak aku kne cuba. Dan keputusannya....ternyata aku mengandung. aku terlalu gembira sangat2. Sesungguhnya, ni ar yamg aku idam2kan selama ni. Betapa indahnya idup time tu. Macam2 bermain di fikiranku. Papepun, aku akan jaga baby dalam perut aku ni leklok.

Papepun, terima kasih sayang coz sentiasa memberi dorongan n kata2 semangat kat ayang...

Monday, May 24, 2010

Berakhir Sudah...

Tinggal lagi berapa hari je untuk aku bersama-sama dengan suamiku. Lepas pada ni, tak tau ar pe nasib aku. Mungkin ke aku akan hidup bersama dengan dia lagi seperti hari2 yang telah kami lalui bersama selama setahun dia belajar di sini?

Em, nape ar masa cepat sangat berlalu. Tak puas lagi rasanya mengecapi hidup bahagia sebagai suami isteri. Masih banyak lagi masa yang aku perlukan. Aku tak sanggup sebenarnya hidup berjauhan darinya. Kalau ar aku berhenti kerja kan senang. Tapi tak boleh. Masih de banyak perkara yang aku kena uruskan. Kehidupan ni kena diteruskan dengan duit dan untuk dapatkan duit, aku kena ar kerja. Tambahan pula, aku telah membuat perjanjian untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 3tahun tuk bayar balik pinjaman yang telah diberikan kepada ku semasa aku study dulu. Em, betapa susahnya hidup ini. Malang sungguh nasib diri ku ini.

Aku sebenarnya dah cuba mintak transfer kat Terengganu. Dah 2 tahun aku mintak tapi still tak dapat lagi. Macam2 cara dah aku buat tapi still takde nampak apa2 lagi. Aku dah puas naik turun kat Putrajaya tu, semata-mata nak buat rayuan tapi pe pun takde. Sekarang aku dah malas dah nak pergi Putrajaya lagi. Meluat dah rasa. Kalau aku pergi lagi, mungkin naik kaki tangan aku ni sebab dah hilang sabar dengan kerenah diaorang. So, sekarang ni, aku hanya tawakal je.

Ya Allah, berilah hambamu ini kekuatan untuk menempuh dugaan ini dan hari2 yang mendatang. Sesungguhnya, hanya pada Mu sahaja aku bermohon dan hanya pada Mu jualah aku berserah. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...amin

Saturday, May 15, 2010

Melawat Aquaria KLCC

Arini aku n husband g cari barang2 dapur kat Caefour Wangsa Maju memandangkan mak, nyah n wife, zahid n aish nak datang umah aku minggu depan. Lepas beli barang, kitaorang g makan2 kat Wangsa Walk. Pas je makan, kitaorang g melalak 1jam kat tempat karaoke. Fuh, mmg hampir terkeluar anak tekak aku nih. Bukan menyanyi tapi menjerit je lebih. Maklum r, dah lama dah xpraktis nyanyi ni. Dulu masa skol rendah rajin r nyanyi lagu nasyid. Skrg ni, xde mase dah nak join xtvt2 camtu.

Abis pada tu, kitaorang pun g ar jalan2 kt KLCC semata-mata nak tengok ikan kat aquaria klcc tuh. Bukan pe, orang kata best pegi sane. Aku pun yang dah lame terpengaruh ni terus ajak suami aku pegi tengok ikan kat aquaria tuh. Em, best jugak dapat tgk ikan2 nih. Tenang je rasa.



Sedar tak sedar, kami kuar dari pagi, dekat maghrib baru balik. Giler tul perangai. Hahaha...kuar sekali sekala pe salahnye kan? Dating mase tengah bercinta dulu2 leh je buat. Pas kawin pun pe salahnye...kan?

Thursday, May 6, 2010

I love you mum...

Dah nk dkt dh rupanya Hari Ibu...tp kita ingt x nak bagi hadiah kat mak? asyik wish je...dah biasa sgt. so, sempena hari ibu yang akan berlangsung 9 May 2010 ini, mari ar kite renung2kan ayat di bawah ni...

Bila seronok, aku cari….pasanganku
Bila sedih, aku cari….Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada….pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada….Mak
Bila bahagia, aku peluk erat….pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat….Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa….pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah….Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila… aku akan talipon pasanganku

Entah bila… aku nak talipon Mak
Selalu…aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Emak..

Renungkan:
“Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja… bolehkah kau kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah“. Berderai air mata jika kita mendengarnya.​.​.​.​.​.​.​.​

Tapi kalau Mak sudah tiada….

MAKKKKK…RINDU MAK…. RINDU SANGAT….
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkn JENAZAH ibunya……

Thursday, April 29, 2010

Tragedi ziarah bapa rakan

Sebak rasanya setelah membaca berita mengenai arwah hari ini. Bertambah sebak bila mendapat tahu ayah Ieta telah pun menemui ILAHI pada hari ini pukul 2.30 petang tadi. Diharap Ieta tetap tabah menghadapi ujian ini dengan tenang. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila baca artikel yang dipetik dari Metro arini.



KUANTAN: Niat asalnya mahu menemani rakannya pulang menziarah bapa yang sakit, namun malang tidak berbau apabila dia terbunuh selepas kereta dinaiki terbabas dalam kemalangan di bulatan Aspa Cottage, Gebeng, dekat sini, kelmarin.
Demikian nasib menimpa kakitangan kerajaan, Shafazilah Sharudin, 24, yang maut selepas kereta dinaiki bersama rakannya, Wan Mohammad Ashraf Suhaimi, 21, dan Shamsitah Sulaiman, 24, terbabas ketika tiba di bulatan berkenaan dipercayai akibat hilang kawalan dalam kejadian kira-kira jam 10 malam.


Difahamkan, tiga sahabat itu dalam perjalanan dari Marang, Terengganu ke rumah Shamsitah di Paloh Hinai di sini, untuk menziarah bapanya yang sakit.


Pegawai Penguat kuasa/Tadbir Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata ketika tiba di tempat kejadian kereta Honda Civic dipandu Ashraf, seorang anggota polis bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kanan jalan lalu melanggar besi pembahagi jalan.


“Kenderaan berkenaan tercampak lalu melanggar batu konkrit bulatan Aspa Cottage menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kereta,” katanya ketika ditemui, semalam.


Katanya, Shafazilah yang berada di tempat duduk penumpang depan berasal dari Klang, Selangor maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Buat masa sekarang, Ieta masih lagi belum mengetahui tentang kehilangan 2 insan ini. Baik Shafa mau pun ayahnya, Ieta masih lagi tidak tahu tentang kehilangan mereka...

Untuk itu, marilah kita sama2 sedekahkan Al-fatihah buat arwah Shafa dan ayah Ieta...

Wednesday, April 28, 2010

Kembalinya Shafa di Sisi ALLAH S.W.T...

Assalammualaikum. Aku baru je balik dari rumah arwah Shafa kat Kelang. Sempat gak ar aku tengok jenazah arwah walaupun dari jauh. Sedih tiba2 datang bila aku tengok dia. Bgi ku, dia perlu peluang kedua untuk hidup. Tapi, apakan daya, ALLAH lebih menyayangi dirinya. Sesungguhnya dari DIA kita datang, kepada DIA jugak ar kita kembali. Tadi sempat gak r jumpa dengan mak arwah. Kesian dengan keluarga arwah, xsampai setahun ayah diaorang meninggal, giliran arwah lak tiba. Cepat betul rasanya arwah dipanggil pergi.

Arwah Shafa dikatakan meninggal di tempat kejadian semasa acccident tu berlaku manakala 2 lagi yang lain cedera parah. Ita patah tulang pinggul dan tulang pipi. Kawan arwah; seorang anggota polis daerah Marang pun cedera parah gak tapi xtau pe kecederaan yang dialami. Kejadian berlaku kira2 pukul 8.30mlm. Dikatakan, arwah tercampak keluar dari kereta yang di pandu oleh kawannya lalu mengakibatkan kecederaan dalaman yang serius. Tentang kereta, jangan cakap ar, hancusss....

Dikatakan, kereta jenis Honda yang dipandu laju oleh kawan arwah tidak dapat dikawal dan menyebabkan kereta terbabas. Kereta tersebut sebenarnya baru je di beli oleh kawan arwah. So, kawan arwah ni try ar test power kete tuh. Mungkin kereta tu masih de kerosakan lain memandangkan kereta tersebut baru sahaja di baiki oleh owner kereta terdahulu. Maklum ar, kereta second hand. sebab tu aku cukup takut nak pakai barang terpakai. Tapi, de certain2 tu barang, kalau xmembahayakan aku, aku pakai je. bukan pe, aku cukup takut kalau2 terjadi benda2 yang xdi ingini terjadi.

Tapi, kisah ni xabis lagi. Dengar citer, budak lelaki yang bawak kete tu xnak ngaku dia yang bawak. Yang menyakitkan ati apabila dia menyatakan arwah yang bawak kete tersebut. Em, papepun, Ieta ada sebagai saksi dan boleh bagitau perkara sebenar. Sesuka dia je tuduh orang. Takut kene saman dan kene buang kerja ar tu. Takut masuk lokap. Geram dan sakit hati rasanya bila dengar perkara camtu. Dah tau xde lesen, nape beli kete? Nape bawak laju2? Memang cari nahas tul dia ni. Sanggup berbohong dan menuduh si mati semata-mata untuk melepaskan diri. Kurang asam tul. Tapi jangan risau, kebenaran pasti akan muncul jua.

Kepada arwah, akak sentiasa doakan agar di tempatkan dengan orang2 yang di redhai. Sesungguhnya, biar luput dari pandangan.. tidak pupus di dalam ingatan.. kehilangan sebutir bintang.. menjadi kenangan.. terlukis senyuman manismu.. tergambar senda gurauanmu.. Tuhan lebih menyayangimu.. menjemputmu pergi terlebih dahulu.. bersemadi jasadmu yang kaku.. diiringi gerimis yang sendu.. air mata tak terbendung lagi.. menangisi perpisahan ini.. Al-Fatihah untuk Allahyarham Shafa.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T..AMIN...

Tuesday, April 27, 2010

Syafazilah Dalam Kenangan

Hi there, we meet again. Arini aku dapat tau kawan aku meninggal akibat kemalangan jalan raya di Kuantan. 1st dapat berita tu aku mmg x percaya. Mau nya x, aku rasa cam baru je fb dgn arwah. Arwah seorang yg amat baik, friendly dan amat menghormati aku. Maklum r, aku ni tuer 2 tahun dr dia. Aku sbnrnya baru berangan2 nak jd kawan arwah bila aku dapat transfer ganu t. Sedih giler bila dapat tau tentang kejadian yang menimpa arwah. Sok, klu de kesempatan, aku akan pergi ziarah family dia kat Kelang. Hope aku sempat jumpe jenazah arwah. Tapi, itu pun kalau husband takde kelas petang. Klu x, mmg xsempat r.

Aku masih ingat lagi aku pernah tumpang kete arwah tuk balik KL. Arwah langsung xambik 1sen pun duit dari aku. Arwah kata dia mmg ikhlas nak tolong. Aku mmg terharu dgn kebaikan arwah. Husband aku selalu cakap, arwah ni kalau bab tolong kawan2, mmg xbyk kisah. Cpt2 je tolong. Aku lak selalu kata arwah ni adik kesayangan husband aku sbb dulu arwah selalu gak luahkan perasaan dia kat husband aku ni. cuma sejak husband aku sambung blajo kat sini, diaorang dah lost contact. cuma kadang2 kat fb je diaorang contact each other. akupun, rajin gak jenguk fb arwah.

Tapi apa kan daya, tuhan lebih menyayangi arwah. papepun, aku doakan semoga arwah di tempatkan bersama2 dgn orang yang di kasihi oleh ALLAH S.W.T serta diampunkan segala dosa2 arwah. al- fatihah buat arwah SYAFAZILAH. Moga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

Monday, April 19, 2010

Pabila Obses Cantik

"Cantik tak?" soal ku kepada suami.
"Cantik..." jawab suami ku dengan riak wajah selamber.
Aku selalu tanya kat husband aku pe pandangan dia pada ku. Bagi ku, kecantikan itu penting. Alasannya, sebab aku tak nak ia jadi salah satu alasan bila tetiba dia nak cari perempuan lain. Teruk kan? Tapi, tu r yang aku paling takuti...BERmadu...sape yang nak? kecuali r kalau memang si isteri tu sendiri yang suruh cari.

Kadang2 aku berfikir...kenapa mesti suami cari lain? Tak cukup lagi ke layanan yang si isteri bagi? Atau si suami tu mmg seorang yang tak boleh kawal nafsu? Kenapa semua ni terjadi? Kadang2 kesian gak bila tengok orang bermadu ni. Luaran mmg r nampak cool, bahagia...tapi kt dalam sape r yang tau...porak peranda!!! Kalau aku, jangan harap aku kasi chance. Tapi yelah, qada' dan qada tuhan saja yang tau. Kalau dah tertulis camtu, ianya tetap akan terjadi. Hope aku tak r tergolong dalam ALAM BERMADU ni. eee...tak sanggup.

Bercakap pasal kecantikan, aku sebenarnya tengah belajar cara2 nak mekap orang. Tapi wat masa ni tgh proses belajar lagi n sebagai model nye...aku r. Dah tu nak mekap sape lagi? Kat dalam umah ni cuma de aku dan suami je...takkan nak mekapkan suami kot? Mau mengamuk dia nanti...hehehe...jgn marah erh syg. Kan pe, t bulan 6 ni kakak aku mintak dia mekapkan tuk sanding malam dia. So, wat masa ni aku baru belajar teknik2 asas je. Nak tau dari mana aku belajar? Hehehe...smua ni aku belajar dari kawan aku yang jadi make up artist dan x lupe gak dari...internet. Aku selalu gak tgk teknik2 solekan kat internet ni. Di samping tu, aku leh tau pe yang diaorang pakai dan pe yang aku patut beli.Wat masa ni, aku baru kumpul separuh barang...separuh lagi on the way...maklum r, modal tak cukup. So, aku kumpul sikit2 dulu r.



Actually, aku ni sebenarnye de pasang angan2 nak jadi make up artist. Mana r tau, pasni bile aku dah terror mekap, leh r aku cari customer.Hehehe...angan2 MAT JENIN tul. Tapi, kalau r tercapai impian aku ni, aku mmg seriously nak terjebak dalam bidang ni...dan kalau leh, aku nak jadikan ianya sebagai carrier baru aku. Bukan pe, aku dah letih jadi NURSE. Bukan tak suka tapi aku dah tak sanggup lagi kerja shift. Kesian kat suami, susah nak jumpa aku. Mana taknya, bila aku keje, dia cuti...dan bila aku cuti, dia lak keje. Aku ni mana de cuti ujung minggu cam dia...HKA pun bkn aku tentu aku dapat cuti...bantai nye aku kene keje, kan naya...pendek kata, kitaorang ni mmg jarang de masa bersama. Lagi kesian kalau aku kerja malam, terpaksa r dia tido sorang2.

Papepun, akun harap suatu hari nanti impian aku akan terlaksana gak akhirnya...InsyaALLAH...sekian

Monday, April 12, 2010

Pabila Orang Tak Faham Kerja Kita Buat Aduan

Geram bila dengar orang buat aduan tentang kerja kita. tambah2 lak bila aduan yang dia buat tu tak berasas. Even bukan aku yang buat tapi aku terasa tul. Bukan pe, rasa marah. Kalau korang nak tau, baca r aduan yang dibuat oleh insan tak bernama ni kepada UTUSAN MALAYSIA

ARKIB : 09/04/2010
Amat kecewa dengan perkhidmatan HKL

SAYA ingin berkongsi pengalaman pahit nenek saudara saya selaku pesakit di HKL baru-baru ini. Sabtu lalu, nenek saudara saya yang disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru Tahap 4 dipindahkan dari sebuah hospital swasta di Petaling Jaya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan susulan.

Pemindahannya dilakukan atas nasihat doktor di hospital swasta tersebut dengan alasan HKL menyediakan rawatan khidmat Onkologi terbaik bagi pesakit kanser.

Atas nasihat tersebut, pihak kami sekeluarga pun bersetuju dengan perpindahan itu. Pihak hospital swasta berurusan dengan pakar Onkologi HKL untuk kemasukan pesakit. Namun, apabila pesakit dipindahkan, beliau dimasukkan ke wad kecemasan untuk beberapa jam. Kemudian, beliau hanya dimasukkan ke wad biasa dengan alasan doktor akan memeriksanya sebelum dimasukkan ke wad Bahagian Onkologi.

Beliau telah dimasukkan ke wad kelas tiga bagi tujuan pemantauan oleh pihak doktor 24 jam. Pihak kami telah meminta untuk dimasukkan ke wad kelas pertama kerana ingin memberi keselesaan kepada pesakit tetapi tidak digalakkan oleh pihak HKL kerana pesakit terlalu kritikal untuk wad kelas tersebut.

Pemantauan pihak doktor di wad tersebut hanya dari 8 pagi sehingga 12 tengah hari pada hari Sabtu dan Ahad dari 8 pagi sehingga 5 petang pada hari lain. Saya memang tidak faham dengan dasar ini. Adakah doktor tidak memantau langsung pesakit selepas pukul 12 tengah hari atau 5 petang?

Ketika berada di wad tersebut (kelas ketiga), pesakit tidak berasa selesa kerana keadaan wad terlalu panas, sesak serta bising selain berada dalam keadaan kritikal. Saya terpaksa membawa kipas meja sendiri untuk mengurangkan keadaan panas pesakit. Malah, katil yang digunakan pesakit tidak berfungsi dengan sepenuhnya disebabkan bahagian kepalanya tidak dapat dinaikkan atau diturunkan.

Jururawat yang bertugas juga kelihatan tidak tahu apa patut dilakukan terhadap pesakit. Saya terpaksa meminta ubat-ubatan berkenaan seperti ubat batuk dan ubat tidur untuk pesakit. Doktor kanan (senior) hanya datang pada lewat petang dan akhirnya membenarkan pesakit untuk dipindahkan ke wad kelas pertama.

Malangnya, wad tersebut telah penuh dan hanya ada pada keesokkan harinya. Saya amat kecewa kerana pesakit kelihatan semakin lemah dan tidak selesa. Pakar Onkologi juga tidak muncul langsung untuk memeriksa pesakit. Apabila saya memaksa doktor bertugas untuk menghubungi pakar Onkologi, beliau menyatakan bahawa pakar tersebut menganggap kes pesakit tidak penting dan hanya akan datang pada keesokkan harinya.

Bayangkanlah pesakit sudah berada pada Tahap 4 kanser paru-paru dan ini dianggap tidak penting oleh pakar Onkologi.

Pada awal pagi keesokannya, kira-kira pukul 5 pagi, hati saya tergerak untuk menghubungi pihak hospital bertanyakan status keadaan pesakit. Pihak yang menjawab panggilan meminta saya menunggu sebentar kerana difahamkan pesakit sedang berada dalam keadaan tenat dan sedang dirawat.

Sementara menunggu, saya kedengaran pihak yang menjawab telefon terpinga-pinga tidak tahu untuk berkata apa kepada saya. Dia bertanyakan kepada rakan sekerjanya dan berkata: "Nak cakap apa ni? Nak cakap apa ni?" Setelah hampir seminit saya menunggu, dia meminta saya untuk bergegas ke hospital. Saya memarahinya kerana tidak menghubungi saya secepat mungkin.

Bayangkanlah, kalau saya tidak menghubungi hospital, agaknya bila mereka akan menghubungi saya? Apabila saya tiba di hospital, keadaan pesakit sudah terlalu tenat dan saya meminta doktor bertugas untuk menyelamatkannya dengan apa cara sekali pun.

Beliau hanya berkata: "Saya bukan Tuhan dan pesakit sudah bersedia untuk 'pergi'." Saya hanya sempat membisikkan ke telinganya memintanya jangan meninggalkan kami namun tiada tindak balas. Saya kemudian membacakan surah Yasin dan 'mengucap' untuknya. Pesakit kemudian 'pergi' dengan tenang.

Walaupun saya menerima kenyataan bahawa ajal dan maut di tangan Tuhan dan reda dengan pemergian nenek saudara saya, tapi saya amat kecewa dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak HKL.

Saya amat menyesal kerana membuat keputusan untuk memindahkan arwah nenek saudara ke HKL. Kemudahan yang rosak seperti katil tidak dapat dilaraskan memburukkan keadaan lagi. Saya bertekad untuk tidak menghantar ahli keluarga saya atau sesiapa pun ke HKL lagi.

CUCU SAUDARA YANG SEDIH

Kuala Lumpur

Darjat Cinta

Perkongsian: Derajat Cinta.
Apr 5th, 2010
by laksamana.


Cinta akan terus hangat. Kerna ia fitrah insan yang akan terus diperbincangkan. Pelbagai fatwa ulama’-ulama’ ‘tak rasmi’ berkenaan cinta. Bila masuk bab cinta, isunya akan hangat mengalahkan isu Palestin, perjuangan dan kebangkitan. Bila masuk bab cinta, semua melontarkan komen seakan-akan alim benar akan halnya. Tidak segan salah kerana mengekspresi diri akan hal cinta.

Itulah dia penangan cinta.

Tetapi siapakah yang mengetahui bahawa cinta itu bagaimana di sisi Islam?


Apakah itu yang dinamakan CINTA?

Pendefinisian cinta secara umumnya adalah: Perasaan jiwa, kegembiraan, ketenangan, dan pengharapan kepada sesuatu. Boleh juga didefinisikan sebagai tarikan kepada sesuatu perkara.

Cinta mengikut definisi ini dikatakan adalah fitrah kepada manusia. Semua manusia yang membesar secara normal pastinya akan mempunyai perasaan ini. Baik kepada pasangan, keluarga, rakan-rakan dan sebagainya.

Benar, ini adalah fitrah insan.

Dan saya ada definisi saya sendiri berkenaan cinta. Mudah definisi saya.

Cinta bermaksud: Hendak bersamanya di Syurga.

Saya memandai ke reka definisi ni? Tidak. Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang bertanya kepad baginda bilakah akan tibanya kiamat: “Apakah yang telah kamu sediakan untuknya?”

“Aku mencintai Allah dan Rasul-Nya sepenuh jiwaku”

Rasulullah SAW menjawab: “Maka kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai di akhirat sana”

Jadi, cinta yang sebenar adalah hendak bersamanya ke syurga.

Ini adalah peningkatan kepada definisi pertama yang mungkin boleh berubah menjadi ‘liar’. Tambahan, saya tak nampak cinta pada orang yang melemparkan yang dicintainya ke neraka.

Sifat CINTA

Bagaimanakah agaknya sifat CINTA?

Cinta letaknya di dalam jiwa. Dan jiwa manusia itu tunggang terbalik gayanya. Sebab itu ia dinamakan Qalb. Saya sukar hendak mendefinisikan Qalb sebagai Jatung atau hati. Saya nampak Qalb ini lebih dekat kepada jiwa, hati yang bukan organ.

Justeru, Cinta sifatnya berubah-ubah. Sebab itu perlu diletakkan ‘pemberat’ yang kukuh untuk menjaganya.

Maka jika saya, saya letakkan Allah sebagai ‘pemberat’nya. Allah adalah cinta pertama, membuahkan cinta-cinta yang lainnya. Allah adalah matlamat dalam bercinta. Justeru apakah cinta akan tersasar ke arah yang dimurkai-Nya?

Itu pun kadangkala terbongkah juga. Tak mengapa, usaha lagi agar cinta itu lebih kejap dan kuat. Bagaimana agaknya yang meletakkan ‘pemberat’ selain Allah SWT?

Darjat dalam Cinta

Cinta punya darjat. Tiga darjatnya. Agung, Pertengahan dan Hina. Mari kita perhatikan apakah dia tiga darjat ini.

1. Cinta Agung.

Seorang mu’min, di dalam jiwanya tak akan ada yang lebih tinggi daripada AllahSWT, mentaati-Nya, menjalankan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Ini cinta yang agung di sisi Islam. Tiada yang akan mampu menandingi kelebihan cinta ini.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” Surah At-Taubah ayat 24.

Berapa hari ini yang kononnya menyelit-nyelitkan nama Allah dan kalimah-kalimah islamik dalam percintaan mereka untuk menghalalkan hubungan mereka. Padahal cinta manusia sesama mansuia kekal di tahap biasa sekiranya tidak dibumikan cinta kepada Allah itu dalam bentuk amalan.

Dikatakan cintakan isteri dan keluarganya kerana Allah, tetapi dia pula tidak membumikan Islam dengan sebenarnya. Islamnya hanya pada cinta. Islam terbina atas cinta. Dia tidak membina cinta itu di atas Islam. Maka jadilah cintanya terhuyung hayang ibarat layang-layang yang putus talinya.

Cinta yang agung inilah yang akan membuahkan cinta kepada Rasulullah SAW. Hanya dengan mendalami cinta agung ini, barulah kita akan mampu memahami dan mencintai Rasulullah SAW sebenar-benar percintaan. Sebagaimana seorang perempuan selepas peperangan Uhud, tidak terkejut mahupun bersedih dengan kematian sanak saudaranya. Tetapi dia risaukan keadaan Rasulullah SAW. Bila dikatakan Rasulullah SAW baik-baik sahaja, dia tidak puas. Dia bergerak mencari dan bertemu Rasulullah SAW. Ketika bertemu Rasulullah SAW, dia berkata:

“Ya Rasulullah, segala musibah menjadi kecil apabila melihat engkau dalam keadaan baik”

MasyaAllah. Kematian sanak saudaranya di dalam peperangan itu menjadi kecil?

Apatah lagi bila hendak bermaksiat kepada Allah SWT. Semestinya tidak dipandang langsung.

Sungguh indah cinta ini.

2. Cinta pertengahan

Cinta ini adalah yang biasa dihidapi oleh semua manusia. Cinta sesama insan, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat-sahabat dan sebagainya.

Cinta ini, jika tidak dibina atas Cinta Agung tadi, maka ia akan jatuh ke tahap cinta yang hina. Sebab itu, cinta pertengahan ini perlu kita mulakan dahulu dengan Cinta yang Agung tadi.

Biar cinta kita kepada pasangan kita hanya kerana Allah, cinta kita kepada insan lain adalah kerana Allah, kepada keluarga kerana Allah, kepada sahabat-sahabat kerana Allah. Di sini akan menjadi penggerak kepada kekuatan dalaman dan ikatan yang utuh dalam hubungan.

Yang menjadikan hubungan ini menarik apabila dibina atas Cinta Agung, adalah hubungan ini akan menembusi Syurga merentasi neraka.

Namun, jika tidak dibina atas Cinta Agung, hubungan ini hanyalah sia-sia dan tidak mendapat apa-apa. Gembira-gembira sebentar di atas dunia yang fana, di akhirat merana selama-lama.

3. Cinta Hina

Apakah cinta yang hina? Itulah dia cinta kepada taghut dan kesesatan. Memang mungkin kalau dikatakan begini, tiada yang akan menyatakan dirinya jatuh ke tahap cinta hina. Tetapi hakikatnya, melanggar perintah Allah SWT, tidak mengambil hukumnya sebagai aturan kehidupan, melakukan apa yang Allah larang, itu semua sudah termasuk ke dalam cinta kepada taghut dan kesesatan.

Tambah hina apabila di dalam jiwa kita ada rasa ‘cinta’ dengan maksiat dan keingkaran.

Cinta inilah yang akan menyeret Cinta Pertengahan kepada kerosakan.

Lihatlah dalam kehidupan kita hari ini. Pandang sekeliling kita. Lihat di dalam kaca TV. Bagaimana masyarakat kita memahami cinta.

Bila bercinta dilangkah semuanya. Agama, adat, sopan santun dan pantang larang. Allah diletak tepi, pesanan Rasulullah SAW tidak diendahkan lagi. Maka rosaklah keimanannya, memudahkan syaitan menyeluk ke dalam jiwanya.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang itu melainkan aku ini dicintainya melebihi dirinya sendiri” Hadith riwayat Bukhari.

Inilah dia cinta yang hina.

Syaitan menunggang-nunggang di atas mereka.

Di tahap manakah cinta kita?

Persoalan kepada kita adalah cinta kita di tahap mana?

Dengan jalan apakah kita bercinta? Apakah cukup sekadar melantun-lantun kalimah islamik untuk menghalalkan cinta? Atau keimanan itu perlu mengiringi cinta dalam erti kata yang sebenarnya?

Macam saya kata, bukankah pelik kalau kita kata cinta sedangkan kita melempar orang yang kita cinta itu ke neraka?

Sebab itu definisi saya mudah.

Cinta: Hendak bersamanya di Syurga.

Apakah anda nampak sekarang?

Maka di manakah darjat cinta yang kita jalankan hari ini?

Penutup: Fitrah fitrah juga. Tetapi ia perlu dikawal dengan sebaiknya

“Ala bro, ni fitrah la…”

Saya banyak kali dengar alasan ini. Ha, yalah. Siapa kata cinta bukan fitrah? Tetapi fitrah itu perlu dikawal. Makan dan minum adalah fitrah. Tapi kalau tidak dikawal? Macam-macam penyakit datang.

Begitulah cinta.

Sebab itu, manusia perlu memahami cinta dengan sebaiknya. Peringkat-peringkat cinta ini akan membantu kita beringat-ingat untuk mengukur hala tuju cinta kita.

Persoalan akhir saya tinggalkan untuk anda.

“Apakah anda mencintai diri anda sendiri?”

Sila guna definisi cinta saya.

Dan jawab sendiri dengan jujur di dalam jiwa.

Berdasarkan jawapan anda, apakah yang anda telah lakukan?

:::original from::::LANGIT ILAHI BLOG:::::::::::

HATI yang kamu lupa jaga

Hati. Bagaimana agaknya keadaan hati kita?

Saya selalu mempunyai beberapa orang manusia di sisi saya yang bertanya: “Apa khabar hati?”

Saya sentiasa tersenyum bila mendapat soalan sedemikian. Selain satu seloroh yang baik, ia juga satu peringatan. Ya, hati. Jika baik hati, maka baiklah seluruh jasad. Bila buruk hati kita, maka buruklah seluruh jasad.

Namun, kita jarang berusaha menjaganya.

Alasannya sebab ia tidak terlihat.

Tetapi siapakah yang tahu bahawa, kebahagiaan dan kelapangan manusia itu bersumberkan dari kebersihan hatinya, bukan dari kebanyakan hartanya?


Rasulullah SAW bersabda

“Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan sesugguhnya yang haram itu jelas, dan antara keduanya adalah perkara-perkara musytabihat(yang tidak jelas sama ada itu haram atau tidak) dan tidak diketahui akannya(kejelasannya) ramai dari kalangan manusia. Barangsiapa yang menjaga dirinya dari perkara syubuhat itu, maka dia telah menjaga agamanya dan kehormatannya. Barangsiapa jatuh ke dalam perkara syubuhat maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram. Seperti ppengembala yang mengembala di sekitar daerah larangan(sempadan), ditakuti akan memasukinya(daerah larangan itu). Ketahuilah bahawa setiap raja itu mempunyai kawasan larangannya(yang orang lain dilarang memasukinya) dan kawasan larangan Allah adalah apa yang diharamkan olehnya. Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal darah, sekiranya ia baik maka baiklah seluruh jasad, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasad, ketahuilah bahawa ia adalah Qalb” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Apakah kita telah memasuki kawasan larangan Allah SWT?

Ini persoalannya. Melihat kembali di dalam kehidupan kita, sudah berapa banyak kali kita melangkah masuk ke dalam kawasan larangan Allah SWT?

Adakah kita menjaga diri kita agar tidak berada di sempadan kawasan larangan-Nya?

Atau kita sengaja berada di sempadan kawasan larangan-Nya? Agar nanti biar diri kita terlangkau sempadan larangan itu?

Di sinilah bezanya manusia yang beriman dengan yang tidak sempurna keimanannya.

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara itu menarik diri kita kepada perkara haram, maka kita akan menjauhi perkara itu. Kita tidak akan sengaja mendekatinya. Hal ini sekiranya jiwa kita sensitif untuk menjaga diri dari kemurkaan Allah.

Di sisi Allah, musytabihat itu tiada

Musytabihat itu adalah untuk manusia sahaja. Tidak pasti sama ada perkara itu halal atau tidak. Namun di sisi Allah, Allah Maha Mengetahui. Tiada perkara yang tidak jelas di sisi-Nya. Halal dan haram tidak tersembunyi atau terkelabu di hadapan-Nya.

Justeru, kalau kita sentiasa meletakkan diri kita ke dalam perkara-perkara yang muystabihat, yang kita tidak pasti ianya halal atau haram, maka kita pastinya akan termasuk dalam perkara-perkara haram. Itulah dia maknanya: “Barangsiapa jatuh ke dalam perkara syubuhat maka dia telah jatuh ke dalam perkara haram…”

Sejauh manakah kita menjaga diri kita?

Sekeliling kita, apakah kita memerhatikannya?

Diri kita, apakah dipenuhi perkara halal, atau kita isi banyak dengan perkara musytabihat? Atau lebih teruk lagi, yang haram pun kita ambil seakan-akan ianya boleh dan dihalalkan oleh Allah SWT? Apakah anda memerhatikan sekeliling anda, kehidupan anda? Apakah anda mengambil berat akan halal haram?

Atau kita hanya bising isu halal haram makanan sahaja? Bagaimana halal haram dalam amalan?

Lihatlah di akhir hadith, apakah yang Rasulullah SAW sebutkan?

Rasulullah SAW menyebut berkenaan Qalb. Atau mudah biasanya manusia terjemahkan sebagai hati. Ada juga yang menterjemahkan sebagai jantung kerana jantunglah yang mengepam darah ke seluruh tubuh. Walau macam mana pun, ianya menunjukkan kepentingan penjagaan terhadap ‘hati’ itu.

Kenapa perlu menjaga diri dari perkara yang diharamkan oleh Allah SWT?

Kerana hendak menjaga hati. Hati yang di dalamnya penuh dengan perkara haram, baik dari segi makanan, mahupun perbuatan, ianya akan menjadi hitam dan gelap, lantas keras dan tidak lagi mampu berfungsi untuk bergetar apabila disebut nama Allah SWT.

Rasailah hati anda sekarang.

Adakah ianya hidup?

Penutup: Hati adalah generator

Di manakah letaknya perasaan bahagia bila mansuia bahagia? Dari mana kah kita merasai rasa lapang dan tenang bila kita merasainya?

Daripada ‘hati’. Itulah dia sumbernya, mengalirkan segala perasaan keluar mengharumkan kehidupan kita. Sebab itu manusia yang mempunyai masalah hati tidak bahagia. Walau senyuman tertampal di muka, hatinya meronta-ronta derita. Dari hatinya yang tidak tenang itu, membuak keluar kebusukan yang merosakkan kehidupannya.

Maka untuk menjadi manusia yang terbaik, hendak tidak hendak penjagaan hati perlu menjadi prioriti.

Maka, saya suka bertanya:

“Apa khabar hati?”

Sama-sama kita perhati, dan koreksi diri.


:::::::originally from LANGIT ILAHI::::::::::::::::::

Sunday, April 11, 2010

impianku tuk jadi make up artist

erm...dapat ke aku capai cita2 aku yang 1 ni? aku teringin nak jadi make up artist. tapi modal menghalang cita2 ku ini. aku sedaya upaya mengumpul modal agar impianku terlaksana. tapi, mungkin kah tercapai? aku harap impianku yang 1 ini menjadi suatu kenyataan...insyaAllah...

happy birthday sayangku...

arini besday suamiku yg ke-28. aku tanya dia pe yang dia nak tuk besday dia. dia kte, dia xnak pape melainkan aku masakkan tuk dia makanan favorite dia. tau pe dia? nasi tomato. fuh, cmne nak buat ni? nak tanya mak, segan. last2 aku bukak internet cari resepi. esoknya aku pun cari ar bahan2 tuk masak kat pasar keramat. balik je dari pasar terus memasak. 1st time masak je terus menjadi. siap kne puji sedap lagi. hehehe..bangganya aku. menjadi gak masakan aku. pasni pe r yang dia mintak aku pun tak tau...papepun, selamat menyambut hari lahir yang ke-28 buat suamiku yang tersayang...Wan Ahmad Multie bin Wan Abdul Rahman...luv u always...

Thursday, January 28, 2010

new year 2009


Ni masa aku gi honeymoon kat PD & Melaka. Masa 2, itulah saat yang paling mengembirakan aku. gambo ni ktorang ambik kat Melaka. masa tu dah keletihan sangat2 setelah puas berjalan

my sweet moment


Sudah 2 tahun aku melayari bahtera perkahwinanku...
namun, aku masih lagi tidak dikurniakan anak....em, ntah bila r hidup kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata yang akan menyerikan hidup kami. Tapi takpe, life must be go on. Masih banyak lagi masa tuk aku mencuba