Thursday, October 11, 2012

Luahan Hatiku


Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari

Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya

Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku

Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan

Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan

Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)




*********************************************************************************

Lagu ni mengingatkan aku tentang zaman aku bercinta dulu. Masa tu, aku memang tengah asyik sangat bercinta dengan suamiku. 

Tapi itu semua dulu. Waktu sedang hanyut di buai asmara. Tapi sekarang tak ada dah rasa camtu. Semuanya dah hilang di telan masa. Dulu, aku di sayangi, dimanja. Kalau dulu, ayang b tak pernah lekang di bibir tapi sekarang awak saya dan aku kamu je sebagai pengganti diri. Kalau dulu hari2 ungkap kata I love U, tapi sekarang, nak bercakap pun tak nak. Masing2 dengan hal sendiri. Kalau dulu, sehari tak jumpa dah rindu, sekarang, takde berapa lama pun tak kisah dah. 

Memang aku rindukan masa dulu. Kalau lah aku dapat undurkan masa....................Ah, itu semua hanya tinggal kenangan je. Sekarang semuanya hambar. Mungkinkah kerana emosiku yang terganggu kerana bawaan kandunganku yang kedua ni atau memang hubungan kami sudah renggang?

Kami bergaduh hampir setiap hari. Ada saja yang tak kena di matanya. Dia juga sering mengatakan rasa sesalannya kerana mengahwiniku. aku bukan hendak membuka pekung di dada tetapi aku tertekan. Tak tahu kepada siapa aku hendak mengadu. bercerita tentang masalah yang melanda. Hanya di sini saja tempat aku meluahkan perasaan. Aku sedih, kenapa semua ini berlaku? Apa salahku? Bukan ini yang aku pinta. Sudah ketentuan Ilahi. Siapa aku untuk mengubahnya? Aku cuba jadi yang terbaik tapi ternyata usahaku sia2. Aku di sisihkan. Sedihnya aku saat ini hanya Allah sahaja yang tahu.

Akhirnya, aku mengizinkan dia untuk mencari pengganti ku. Aku redha andai suatu hari nanti dia mencari yang lain. Bagiku itu lebih baik daripada membiarkan dia terus menyakiti hatiku. Biarlah, andai itu yang dia mahu, aku berserah. Aku rela diri ku di sisihkan asalkan dia temui kebahagiaan yang dia kehendaki.

Sejak dari itu, hubungan aku dengan suamiku tidak semesra dulu. Hubungan ku dengan suami hambar. Tiada lagi hubungan bersama..Tiada lagi gurau senda. tiada lagi rasa sayang. Hatiku sudah tawar. Kecewa dengan setiap perkataan dan perlakuan suamiku.

Kini, kami hanya berbicara bila perlu sahaja. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi saat romantis bersama. Kami hanya fokus pada diri sendiri dan anak sahaja. Anak. Itu sahaja yang mengikat hubungan kami. Kalau tidak rasanya dah lama kami habiskan hubungan ni.

Sekarang baru lega rasanya bila dapat luahkan perasaan ini. Biarpun tiada siapa yang tahu tetapi aku puas sebab aku dapat kurangkan rasa yang terpendam di dalam hati selama ini. Harapanku, hubungan kami dapat di pulihkan kembali seperti dulu

Sunday, September 30, 2012

Kesunyian Dan Kerinduan

Alahai rindunya aku pada anak ku Wan Harith Dailami yang berada di kampung sekarang ni. Masuk hari ni dah 3 hari mama xdengar suara, xnmpak muka syg. Mama rindu giler. Harith rindu mama tak?

Aku hantar anak aku di kampung bukan pe, sebab aku xnak menyusahkan suami aku yang baru je kuar daripada Pos Tenau atas urusan kerja. 4 hari juga la dia pergi. Sebab xnak dia letih, maka aku letak anakku di bawah jagaan ibuku. Bukan aku tak boleh jaga sendiri tapi aku sendiri pun bekerja shift dan pengasuh anakku pula tak ada. Em, bila fikir2kan balik, knapa la susah sangat Matron negeri nak bagi aku kerja di klinik atau bagi je aku kerja office hour. Aku bukan pe, sebab fikirkan anak2 ku. Siapa la yang mahu menjaga mereka nanti? Aku tak kisah bayar lebih tapi tolong la jaga mereka. Aku amat2 mengharapkan bantuan untuk menjaga anak2 ku. Kalau ikutkan hati, aku memang nak berhenti kerja je. Aku lebih selesa menjaga anak2 ku sendiri. Tak kisah susah camne pun asalkan anak2 aku terjaga. Tapi bila memikirkan tentang keluargaku, aku tak jadi berhenti. Cuba fikirkan, sape nak tolong mak, adik-beradik ku nanti kalau mereka ditimpa kesusahan? Kalau selama ini, aku yang memberi ibu ku setiap bulan, nanti kalau aku sudah tidak bekerja, siapa pula yang akan meneruskannya? Lagipun selama ini confirm2 mak memang mengharapkan aku membantunya setiap bulan. Tambahan pula bila memikirkan kesusahan mak dan abah yang membesarkan aku selama ini. Takkan aku nak biarkan je usaha mereka selama ni jadi sia2?

Oh tuhan, tolonglah hambamu ini. Berilah peluang untukku. Permudahkanlah urusan ku. Sesungguhnya hanya padaMu saja ku meminta dan hanya padaMu saja aku berserah.

Monday, September 17, 2012

Pe Cer...

Sudah agak lama aku tidak menjengah blog ku sendiri. Maklum r, sejak berbadan dua sekali lagi ni, aktiviti jadi bertambah lak. Dengan emosi pun dah bercelaru sekarang. Macam2 yang aku fikirkan. Fikirkan pasal family, kerjaya. Em, kalau r semuanya mudah... Anyway, aku nak share yang tahun depan, aku akan menimang cahaya mata yang ke-2. Xsabar rasanya nak tau jantina dia. Bukan apa, aku ni ha, dah tak sabar nak bli barangan baby. Hehe...sebenarnya aku teringin nak anak perempuan. Saje nak merasa dapat anak perempuan macam mana. Anak aku yang sekarang ni tau2 je r...buas. Tapi xpe, janji dia sihat. Yang penting, dia happy...

Tuesday, February 7, 2012

lama xjumpe

hai, lama sungguh tak menulis dalam blog ni. maklum r, bz je. bz dgn kerja, family n mcm2 lagi. em, pe lagi nk d tulis erh??? actually, baru2 ni saya mengghadapi masalah sedikit. maklum r, sejak pindah tempat baru and keje kat tempat baru ni, macam2 benda saya kena buat and kena hadapi sampaikan saya rasa dah tak sanggup nak hadapinya lagi. ok, xnak banyak citer, so stakat ni je r pe yang saya boleh bagitau. see ya...