Alahai rindunya aku pada anak ku Wan Harith Dailami yang berada di kampung sekarang ni. Masuk hari ni dah 3 hari mama xdengar suara, xnmpak muka syg. Mama rindu giler. Harith rindu mama tak?
Aku hantar anak aku di kampung bukan pe, sebab aku xnak menyusahkan suami aku yang baru je kuar daripada Pos Tenau atas urusan kerja. 4 hari juga la dia pergi. Sebab xnak dia letih, maka aku letak anakku di bawah jagaan ibuku. Bukan aku tak boleh jaga sendiri tapi aku sendiri pun bekerja shift dan pengasuh anakku pula tak ada. Em, bila fikir2kan balik, knapa la susah sangat Matron negeri nak bagi aku kerja di klinik atau bagi je aku kerja office hour. Aku bukan pe, sebab fikirkan anak2 ku. Siapa la yang mahu menjaga mereka nanti? Aku tak kisah bayar lebih tapi tolong la jaga mereka. Aku amat2 mengharapkan bantuan untuk menjaga anak2 ku. Kalau ikutkan hati, aku memang nak berhenti kerja je. Aku lebih selesa menjaga anak2 ku sendiri. Tak kisah susah camne pun asalkan anak2 aku terjaga. Tapi bila memikirkan tentang keluargaku, aku tak jadi berhenti. Cuba fikirkan, sape nak tolong mak, adik-beradik ku nanti kalau mereka ditimpa kesusahan? Kalau selama ini, aku yang memberi ibu ku setiap bulan, nanti kalau aku sudah tidak bekerja, siapa pula yang akan meneruskannya? Lagipun selama ini confirm2 mak memang mengharapkan aku membantunya setiap bulan. Tambahan pula bila memikirkan kesusahan mak dan abah yang membesarkan aku selama ini. Takkan aku nak biarkan je usaha mereka selama ni jadi sia2?
Oh tuhan, tolonglah hambamu ini. Berilah peluang untukku. Permudahkanlah urusan ku. Sesungguhnya hanya padaMu saja ku meminta dan hanya padaMu saja aku berserah.
No comments:
Post a Comment