Cinta Itu Ketawa Dan Airmata - Lestari
Ketawa dan airmata
itu sebenarnya cinta
kalau kau sedih pastiku rasa
begitu sebaliknya
Ku senang engkau cemburu
itu tanda kau sayangiku
tahu kau takut kehilanganku
begitu juga aku
Ku juga suka bila kau curiga
ia mengajarku erti setia
apapun sikap mu aku terima
asalkan ada kebaikan
Walaupun sering kau kutinggalkan
itu tiada bermakna
kau kuabaikan
memang sesekali sikapmu membuat aku jemu
hingga kau tak kupedulikan
untuk menyedarkan
Belum pernah ada cinta
di dalam kehidupan manusia
sepanjang masa bahagia
tanpa airmata (3x)
*********************************************************************************
Lagu ni mengingatkan aku tentang zaman aku bercinta dulu. Masa tu, aku memang tengah asyik sangat bercinta dengan suamiku.
Tapi itu semua dulu. Waktu sedang hanyut di buai asmara. Tapi sekarang tak ada dah rasa camtu. Semuanya dah hilang di telan masa. Dulu, aku di sayangi, dimanja. Kalau dulu, ayang b tak pernah lekang di bibir tapi sekarang awak saya dan aku kamu je sebagai pengganti diri. Kalau dulu hari2 ungkap kata I love U, tapi sekarang, nak bercakap pun tak nak. Masing2 dengan hal sendiri. Kalau dulu, sehari tak jumpa dah rindu, sekarang, takde berapa lama pun tak kisah dah.
Memang aku rindukan masa dulu. Kalau lah aku dapat undurkan masa....................Ah, itu semua hanya tinggal kenangan je. Sekarang semuanya hambar. Mungkinkah kerana emosiku yang terganggu kerana bawaan kandunganku yang kedua ni atau memang hubungan kami sudah renggang?
Kami bergaduh hampir setiap hari. Ada saja yang tak kena di matanya. Dia juga sering mengatakan rasa sesalannya kerana mengahwiniku. aku bukan hendak membuka pekung di dada tetapi aku tertekan. Tak tahu kepada siapa aku hendak mengadu. bercerita tentang masalah yang melanda. Hanya di sini saja tempat aku meluahkan perasaan. Aku sedih, kenapa semua ini berlaku? Apa salahku? Bukan ini yang aku pinta. Sudah ketentuan Ilahi. Siapa aku untuk mengubahnya? Aku cuba jadi yang terbaik tapi ternyata usahaku sia2. Aku di sisihkan. Sedihnya aku saat ini hanya Allah sahaja yang tahu.
Akhirnya, aku mengizinkan dia untuk mencari pengganti ku. Aku redha andai suatu hari nanti dia mencari yang lain. Bagiku itu lebih baik daripada membiarkan dia terus menyakiti hatiku. Biarlah, andai itu yang dia mahu, aku berserah. Aku rela diri ku di sisihkan asalkan dia temui kebahagiaan yang dia kehendaki.
Sejak dari itu, hubungan aku dengan suamiku tidak semesra dulu. Hubungan ku dengan suami hambar. Tiada lagi hubungan bersama..Tiada lagi gurau senda. tiada lagi rasa sayang. Hatiku sudah tawar. Kecewa dengan setiap perkataan dan perlakuan suamiku.
Kini, kami hanya berbicara bila perlu sahaja. Tiada lagi gurau senda. Tiada lagi saat romantis bersama. Kami hanya fokus pada diri sendiri dan anak sahaja. Anak. Itu sahaja yang mengikat hubungan kami. Kalau tidak rasanya dah lama kami habiskan hubungan ni.
Sekarang baru lega rasanya bila dapat luahkan perasaan ini. Biarpun tiada siapa yang tahu tetapi aku puas sebab aku dapat kurangkan rasa yang terpendam di dalam hati selama ini. Harapanku, hubungan kami dapat di pulihkan kembali seperti dulu